Wednesday, December 30, 2015
Telling the time
Put this in your classroom.Lets your pupils memorise it and practise it everyday.
Ask and lets the pupils tell the right time.
Ask and lets the pupils tell the right time.
Morning Activities
What do you do every morning? These phrases can help you make good sentences.Try it,make your sentence in the comment below.
Thursday, December 24, 2015
Little Ambassador Programme
Program ‘Little Ambassador’ di Sekolah
Program Little Ambassador merupakan salah satu program untuk melatih kemahiran komunikasi murid-murid pada tahap yang lebih tinggi. Sekumpulan murid akan dilantik untuk menjadi Little Ambassador yang akan bertugas untuk memperkenalkan sekolah kepada pelawat semasa mereka datang ke sekolah.
Cuti umum sempena Hari Wesak pada hari ini saya tetap bekerja untuk menyiapkan tanda nama ini untuk diserahkan kepada semua Little Ambassador di sekolah bagi menyerlahkan identiti mereka sebagai duta sekolah.
UPSR 2016 Gred Range Marks
Julat Gred Markah Sekolah Rendah: UPSR
Sejak pelaksanaan PBS di sekolah rendah, sistem penggredan markah juga turut diubah suai. Julat A,B,C, D, E, F dan TH diguna pakai dalam menggred pencapaian murid. Calon UPSR 2015 merupakan generasi terakhir yang akan menggunakan julat gred yang lama, manakala bermula 2015, gred yang baharu ini akan digunakan sepenuhnya di sekolah rendah.
Julat Gred SR Untuk Tahun 2015 Untuk D6, julat gred yang lama masih digunakan:
80 – 100 –> A
60 — 79 –> B
40 — 59 –> C
20 — 39 –> D
01 — 19 –> E
00 ——–> TH
80 – 100 –> A
60 — 79 –> B
40 — 59 –> C
20 — 39 –> D
01 — 19 –> E
00 ——–> TH
Untuk D4 dan D5, berikut ialah julat gred yang baru:
85 – 100 –> A
70 — 84 –> B
60 — 69 –> C
50 — 59 –> D
40 — 49 –> E
01 — 39 –> F
00 ——–> TH
85 – 100 –> A
70 — 84 –> B
60 — 69 –> C
50 — 59 –> D
40 — 49 –> E
01 — 39 –> F
00 ——–> TH
Jika semua subjek mendapat E masih dikira Menguasai (LULUS), tetapi jika ada walaupun 1 subjek mendapat F maka keputusannya Tidak Menguasai (GAGAL).
Weekly lesson plan partition 2016
Pembahagian Mingguan RPH Sesi 2016
Pembahagian mingguan Rekod Pengajaran Harian (RPH). Saya tidak pasti apa istilah yang paling tepat, tetapi pembahagian yang saya maksudkan ialah sekatan atau label antara minggu-minggu penulisan RPH. Sama ada menggunakan fail ataupun buku, bahan ini masih boleh digunakan atas kreativiti sendiri.
Tarikh yang digunakan ialah bagi negeri yang memulakan persekolahan pada hari Isnin, namun begitu, tarikh-tarikh ini boleh dipinda setelah dimuat turun.
Pembahagian ini telah saya susun mengikut turutan tarikhnya untuk memudahkan guru-guru menyusun RPH dengan kemas dan lengkap. Jika usaha ini dapat memudahkan guru-guru semua, mohon disebarkan kepada yang lain. Semoga Allah merahmati usaha kita semua.
Bahan Fail Rekod PdP 2016
Bahan Fail Rekod Pengajaran dan Pembelajaran 2016
“Rancangan Pelajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pelajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif,cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh mana objektif itu tercapai” Berikut saya kongsikan bahan-bahan yang perlu dimuatkan ke dalam fail Rekod Pengajaran.
Wednesday, December 23, 2015
UPSR NEW FORMAT 2016
Format Baru UPSR 2016 |
Format Baru UPSR 2016 akan membabitkan enam subjek dengan Bahasa Inggeris akan dibahagikan kepada dua kertas iaitu pemahaman dan penulisan. Ini bermakna pelajar Sekolah Kebangsaan akan menduduki 6 kertas matapelajaran untuk maksimum keputusan cemerlang 6A. Pelajar Sekolah Vernakular pula akan menduduki 8 kertas matapelajaran untuk maksimum 8A.
Format Baru Dan Instrumen Contoh Peperiksaan UPSR 2016
Sejajar dengan pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dan melengkapi pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) disamping membudayakan unsur-unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), maka format peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2016 yang baharu dan ditambahbaik akan digunakan. Walau bagaimanapun, UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100% peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya.Format Baru UPSR 2016 yang terdiri daripada ujian bertulis bagi mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains, Matematik, Bahasa Cina dan Bahasa Tamil antara lain adalah bertujuan untuk mentaksir pencapaian akademik murid seluruh negara dengan mematuhi standard yang ditetapkan.
Informasi Berkenaan Dengan Format Baru Peperiksaan UPSR 2016
- Rombakan atas kertas Bahasa Inggeris kepada dua pecahan iaitu Pemahaman dan Penulisan
- Rombakan atas kertas untuk mata pelajaran bahasa iaitu Bahasa Cina dan Bahasa Tamil kepada dua iaitu Pemahaman dan Penulisan
- Memasukkan ujian subjektif dan objektif pelbagai bentuk ke dalam kertas pemahaman untuk semua mata pelajaran bahasa berbanding sebelum ini hanya ujian objektif
- UPSR sebelum ini hanya memerlukan calon menduduki lima kertas iaitu Bahasa Melayu Pemahaman, Bahasa Melayu Penulisan, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik
- UPSR masih berbentuk ujian bertulis 100 peratus peperiksaan pusat seperti tahun-tahun sebelumnya dan mengutamakan calon menerapkan unsur Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
Format Mata Pelajaran Bahasa Melayu Dan Bahasa Inggeris UPSR 2016
Format Mata Pelajaran Sains UPSR 2016
Format Mata Pelajaran Matematik UPSR 2016
Subscribe to:
Posts (Atom)