New Info

MISSION
Happy New Year 2019
Upcoming events: Verifikasi Pelaksanaan CEFR Tahun 3 2019 " 05/1/2019-23/1/2019 " " Semua sekolah PPDSB "

Upcoming events: Verifikasi Pencerapan PGB 2019 " 23/1/2019 " " SK PARIT 6 "

Upcoming events: Verifikasi Pencerapan PGB 2019 " 12/2/2019 " " SK SERI MAWAR "

Upcoming events: Verifikasi Pencerapan PGB 2019 " 28/2/2019 " " SAMT BATU 38 "

Upcoming events: Pemantauan Berkelompok 2019 " 23/1/2019 " " SK PARIT 6 "

Upcoming events: Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Sesi 3 :Reading " 24/1/2019 " " Bilik Kenari Biru SMK Ungku Aziz "

Upcoming events: Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Sesi 4 :Speaking " 31/1/2019 " " Bilik Kenari Biru SMK Ungku Aziz "

Upcoming events: Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) Sesi 5 :Writing " 13/2/2019 " " Kolej Tingkatan Enam Tunku Abdul Rahman Putra "

Bilik 1 : Bilik Hummingbird: Pn Norazian Ismail

Bilik 2 : Bilik Bestari Digital:Pn Marlinah Mohd Yusoff

Bilik 3 : Bilik ICT:Phon Thip a/p Sammran

Bilik 4 : Bilik Cenderawasih: Pn Norhasliza Abdul Wahab

Bengkel Pengurusan Ketua Panitia Bahasa Inggeris Men & Rendah 2019

14/2/2019. Rendah: 9.00am - 12.30 pm : Men: 2.00pm-4.30pm : Tempat: Dewan Mesyuarat Utama PPDSB

Dialog Prestasi Unit Bahasa Inggeris Bil 1/2019

20/2/2019. Tempat: Bilik Mesyuarat Utama PPD Klang

Wednesday, May 31, 2017

Bengkel Penyebaran KSSR Semakan B.Inggeris

Bengkel Penyebaran KSSR Semakan B.Inggeris
Tahun 1

Tarikh: 23 January 2017
Venue: Dewan Mesyuarat Utama PPDSB
Speaker: Pn Nurziatul Syima Bte Muad ( Fasilinus B.I)


Bengkel Pengurusan Ketua Panitia Bahasa Inggeris 2017


Bengkel Pengurusan Ketua Panitia Bahasa Inggeris 2017 Menengah & Rendah Daerah Sabak Bernam

Tarikh: 10 January 2017
Venue: Dewan Mesyuarat Utama PPDSB


Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK)







Pembangunan profesionalisme keguruan merupakan keperluan dalam usaha memantapkan keupayaan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) melaksanakan tugas dengan cekap dan berkesan dalam pelbagai peringkat kerjaya. 

Pelan Induk Pembangunan Profesionalisme Keguruan (PIPPK) yang dibangunkan merupakan dokumen bagi membantu PPP merancang pembangunan kerjaya dan pembangunan profesionalisme berterusan. PIPPK bersifat fleksibel untuk memenuhi keperluan kompetensi individu, keperluan organisasi dan standard semasa yang dilaksanakan secara sistematik dan bersepadu. 

PIPPK dapat memberi panduan bagi memotivasikan PPP untuk meningkatkan kompetensi diri mengikut kecenderungan dan keperluan demi mengekalkan prestasi kerja yang terbaik. Pelan ini merupakan strategi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bagi memastikan PPP terus kekal berkualiti sepanjang perkhidmatan. Menerusi pelan ini, profesion keguruan diharap dapat diperkasakan dan menjadikan kerjaya keguruan sebagai kerjaya yang profesional dan pilihan utama. 

PIPPK ialah dokumen rujukan utama dalam pelaksanaan pembangunan profesionalisme keguruan. Pelan Pembangunan Profesionalisme Berterusan [PPPB (Guru dan Pemimpin Sekolah)] yang diterbitkan oleh KPM pada tahun 2014 merupakan dokumen pengoperasian pelaksanaan pembangunan profesionalisme berterusan (PPB) yang mengandungi transformasi amalan dan strategi pelaksanaan PPB bagi guru dan pemimpin sekolah.

Buku PIPPK mengandungi lima bab iaitu: 

Bab 1: Profesionalisme K eguruan membincangkan kerjaya guru sebagai kerjaya profesional yang menitikberatkan penguasaan PPP daripada aspek pengetahuan, kemahiran, dan nilai profesionalisme. Dalam proses pembangunan kerjaya, PPP diberi sokongan untuk pembangunan diri dan berpeluang memilih laluan kerjaya berdasarkan prestasi dan kompetensi. Bab ini juga membentangkan Laluan Kerjaya Baharu untuk PPP yang merangkumi Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Kepimpinan dan Kepakaran Pendidikan.

Tuesday, May 30, 2017

10 Ciri Pembelajaran Kelas Abad ke 21





1. Berpusatkan pelajar
- pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing
- meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan


2. Penggunaan komputer
- alat penting untuk kelas abad ke 21
- sangat membantu dalam pdp


3. Pembelajaran aktif
- penglibatn yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan, atau pun penggunaan komputer


4. Pembelajaran kendiri
- kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran


5. Persekitaran yang kondusif
- tidak terlalu sesak
- peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor


6. Pelajar faham dan mematuhi arahan
- pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun
- peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landasan yang betul


7. Saling hormat menghormati
- perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar
- guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka
- pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas


8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka
- sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab dengan pembelajaran mereka


9. Penilaian berasaskan pencapaian
- guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja


10. Pembelajaran kolaboratif
- pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran


INFO LENGKAP : Pembelajaran Abad ke 21
Boleh rujuk Contoh Susun atur Kelas Abad ke 21 bagi maklumat lanjut

Kursus CEFR Material Adaptation 2017

KURSUS CEFR MATERIAL ADAPTATION ( SECOND ROUND)

           PPD                  
Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang  

PARTICIPANTS
           26
Sabak Bernam : SR : 4 SM: 3 F6:1 (8)
Kuala Selangor :SR: 5 SM:3 F6:3 ( 11)
Klang :SR :9 SM:5 F6 :4 ( 18)

MASTER TRAINER
Mr.Verasanan, En.Haikal & Pn Halimatul 

VENUE
Kuala Selangor

===============================================

Monday, May 29, 2017

CiKGUHAiLMi: Peer Coaching bersama PPD Sabak Bernam, Selangor

CiKGUHAiLMi: Peer Coaching bersama PPD Sabak Bernam, Selangor: Pada 16 April yang lalu, saya telah menerima satu kunjungan daripada PPD Sabak Bernam seramai lebih kurang 22 orang. Rombongan ini terdiri d...